Friday, September 16, 2011

Pelikat tenun asli yang laris...

Salam semua,

Alhamdulillah, sejak ramadhan hingga ke hari ini dah 8 helai pelikat tenun yang telah bertukar tangan. Laris juga rupanya jualan kain pelikat tenun yang sukar dicari pasaran ini. Memang sukar dicari hinggakan warga Terengganu sendiri pun mencarinya dari saya. Pelikat ini tiada di Pasar Payang, tiada juga di kedai-kedai songket di Kuala Terengganu. Namun saya agak bertuah kerana dapat berhubung terus dengan pembekal utamanya...Kepada yang berminat untuk mencuba kain pelikat tenun warisan asli Darul Iman ini, bolehlah menghubungi saya terus untuk mendapatkan stok terbaik anda...Sekian,wassalam.

Nota: Harga pelikat ini sedikit tinggi, namun sangat sesuai dijadikan hadiah eksklusif bagi yang tersayang ataupun cenderahati korporat.