Wednesday, November 23, 2011

Gambar Jubah Haramain & As Seel Terbaru

Haramain (52-24 Kain tebal)

Haramain (54-24 Kain licin)



As-Seel (58 XXL Putih)


Salam semua,
Kepada yang berminat dan ingin maklumat lanjut, sila hubungi saya pada no hp di sebelah. Terdapat pelbagai saiz dan warna yang masih menunggu tuannya...sekian wassalam.
Harga : RM120 Haramain & RM140 As-Seel (termasuk pos)

Monday, November 14, 2011

Lewat sampai, minta maaf noo...

Salam semua,

Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pertama kami 10 hari lepas. Namun disebalik kegembiraan ini, ada juga pihak yang terpaksa menanggung sedikit beban akibat saya tidak lagi berada di Kuantan (stok jubah disimpan) setiap hujung minggu. Saya akan pulang ke Alor Setar sekarang sehinggalah isteri saya habis berpantang di sana. Dek kerana inilah, penghantaran jubah terpaksa mengambil sedikit masa kerana akan dikelolakan oleh seorang rakan di Kuantan. Jutaan maaf buat semua yang pelanggan yang dihormati, jangan serik untuk berurusniaga yer...Insya Allah pada pertengahan Disember ini, semuanya akan pulih seadanya. Sekian wassalam.

Wednesday, November 2, 2011

Jubah baru jenama Haramain dan As Seel

Salam semua,

Stok jubah terbaru telah tiba dari Madinah. Alhamdulillah biarpun sedikit lewat tibanya, kualiti kain adalah seperti yang diharapkan. Saya tak sempat nak melihat satu persatu, namun terdapat pelbagai saiz dan warna dari saiz 50-58. Tempahan kali ini, saya lebih banyak memesan kain tebal ala-ala kot yang nampak segak dan elegen.

Terdapat juga dua helai jubah berjenama As Seel bersaiz 58 yang masih belum berpunya. (kain cotton 100% yang telah ditempah, namun terpaksa dibatalkan disebabkan masalah saiz)

Kepada yang berminat, sila hubungi segera sebelum disambar orang. Insya Allah, saya akan uploadkan gambarnya nanti.

Jubah Haramain : RM120 (termasuk pos)
Jubah As Seel : RM140 (termasuk pos)

Friday, September 16, 2011

Pelikat tenun asli yang laris...

Salam semua,

Alhamdulillah, sejak ramadhan hingga ke hari ini dah 8 helai pelikat tenun yang telah bertukar tangan. Laris juga rupanya jualan kain pelikat tenun yang sukar dicari pasaran ini. Memang sukar dicari hinggakan warga Terengganu sendiri pun mencarinya dari saya. Pelikat ini tiada di Pasar Payang, tiada juga di kedai-kedai songket di Kuala Terengganu. Namun saya agak bertuah kerana dapat berhubung terus dengan pembekal utamanya...Kepada yang berminat untuk mencuba kain pelikat tenun warisan asli Darul Iman ini, bolehlah menghubungi saya terus untuk mendapatkan stok terbaik anda...Sekian,wassalam.

Nota: Harga pelikat ini sedikit tinggi, namun sangat sesuai dijadikan hadiah eksklusif bagi yang tersayang ataupun cenderahati korporat.

Tuesday, August 23, 2011

Jubah Haramain Berkolar dah sampai...




Salam semua...
Setelah sekian lama menanti, alhamdulillah akhirnya, stok yang dinanti-nanti telah tiba. Kepada pembaca yang berminat mendapatkan jubah lelaki jemana Haramain bolehlah menggunakan maklumat disebelah kanan blog untuk tujuan tempahan.

Harga sehelai jubah Haramain yang berkolar dan berpesak ini adalah RM12o termasuk pos (semenanjung sahaja). Harga ini terpaksa dinaikkan memandangkan peningkatan kos pada penghantaran jubah dan belian di madinah. Namun kepada yang membeli lebih daripada 3 pasang, saya akan memberikan harga diskaun. Bagi yang berminat untuk mendapatkan jubah lelaki secara borong juga, anda boleh menghubungi saya pada no telefon di sebelah.

Kepada yang berminat saya mempunyai beberapa stok seperti berikut :

Haramain warna Putih Saiz 52 (4 helai)
Haramain warna Putih Saiz 54 (4 helai)
Haramain warna Putih Saiz 56 (4 helai)
Haramain warna Cream Saiz 52 (2 helai)
Haramain warna Cream Saiz 54 (2 helai)
Haramain warna Cream Saiz 56 (2 helai)
Haramain warna Beige Saiz 52 (2 helai)
Haramain warna Beige Saiz 54 (2 helai)
Haramain warna Beige Saiz 56 (2 helai)


Monday, August 22, 2011

Kain Pelikat Tenun Asli WarisanTerengganu







Salam semua,

Hari ini saya ditemukan dengan seoramg pembekal kain pelikat tenun asli di Terengganu. Begitu teruja saya melihat mutu dan kualiti kain pelikat yang dihasilkan, memang sangat halus dan elegan. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kain jenis ini, boleh sahaja memesannya daripada saya memelui no telefon di sebelah. Untuk makluman, kain jenis ini tak mudah didapati biarpun di negeri Terengganu sendiri.

Kain ini boleh sahaja digunapakai seperti kain pelikat biasa atau untuk dijadikan sampin. Pada pendapat saya, kain sarong ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah korporat kerana ia adalah sesuatu yang jarang-jarang ditemui. Saya menawarkan harga RM150 kepada yang berminat. Belian secara borong boleh dibuat secara harga rudingan melalui telefon. Insya Allah saya akan sertakan gambarnya nanti.

Nota: Jubah terkini akan sampai dalam masa terdekat, khabarnya pada 23hb Ogos ini...doakan lah agar cepat sampai yer. Ammenn.



Foto : Ehsan daripada laman www.pahang-delights.com



Terkini: Gambar Kain Sarong Tenun Asli Terengganu



KOD 101 (SOLD)



KOD 102 (SOLD)

KOD103 (SOLD)

Sunday, August 14, 2011

Stok jubah baru belum sampai...

Salam semua,

Sejak dua menjak ini, saya banyak menerima panggilan mencari jubah berkolar. Saya terpaksa akui, saya telah kehabisan stok jubah berkolar buat sementara waktu ini. Saya cuma berbaki jubah yang tidak berkolar sahaja. Wakil saya dari Universiti Madinah hanya mampu menjalankan kerja mengepos seawalnya pada 20 Ogos 2011.

Maaf buat semua peminat jubah yang telah sudi menelefon, namun masih belum mendapat pengesahan tempahan. Terima kasih juga kepada mereka yang telah sudi mewar-warkan blog kecil ini kepada rakan-rakan. Saya langsung tidak menyangka, bisnes kecil yang saya niatkan semasa di Tanah Suci dahulu, kini semakin mendapat sambutan.

Saya berazam untuk menambahkan stok buat peminat jubah dan akan lebih serius mengendalikan perniagaan ini secarea online (sebenarnya saya lebih banyak berurusan secara offline sebelum ini). Apabila sampai sahaja stok baru nanti, saya akan usahkan untuk terus mempromosinya di sini, Insya Allah.

Nota: Stok baru jubah yang bakal tiba semuanya adalah daripada jenama Haramain, Insya Alah.

Saturday, March 12, 2011

Jubah leher bulat lengan panjang

Kod : 2001

Jubah Lelaki jenama Ikaf : Warna hitam
Saiz 60,62 (XXL, XXXL) Sold
Harga RM90 (termasuk penghantaran)

Kod : 2002
Jubah Lelaki jenama Ikaf : Warna cerah
Saiz 60 (XXL) Sold
Harga RM90 (termasuk penghantaran)


Jubah Berkolar

No Kod : 1001

Jubah hitam berkilat, kain licin.
Saiz 58 (XL) Sold

Harga RM90(termasuk penghantaran)



No Kod :1002

Jubah Haramain warna cerah, kain licin.
Saiz 54 & 56 (XL)

Harga RM90 (termasuk penghantaran)

Jubah moden untuk lelaki

Salam semua...

Posting pertama, sekadar pengenalan sebab utama saya mencebur diri di dalam perniagaan ini. Alkisahnya semasa berada di Tanah Suci, saya begitu teruja melihat jemaah haji Malaysia yang segak berpakaian jubah yang pelbagai. Timbul pula niat untuk menjadi penjual jubah, sekembalinya nanti ke Malaysia. Saya berharap dengan cara ini saya akan dapat memperolehi 5 perkara dalam 1 iaitu:

1) Menggalakkan pemakaian jubah
2) Menyokong urusan ekonomi di Madinah/Mekah
3) Membantu para pelajar yang menjadi ejen belian di sana.
4) Saya boleh kembali ke Madinah/Mekah berulang kali
5) Menjana pendapatan sampingan yang berkat dan berpahala

Saya harapkan sokongan tuan/puan untuk belian jubah daripada ruangan ini. Mudah- mudahan saya akan berupaya menjadi peniaga jubah lelaki yang berjaya melalui rung maya ini...Insya Allah.

Senarai jubah akan dikeluarkan seberapa segera bermula pagi ini. Sekian dahulu, wassalam.