Tuesday, August 23, 2011

Jubah Haramain Berkolar dah sampai...




Salam semua...
Setelah sekian lama menanti, alhamdulillah akhirnya, stok yang dinanti-nanti telah tiba. Kepada pembaca yang berminat mendapatkan jubah lelaki jemana Haramain bolehlah menggunakan maklumat disebelah kanan blog untuk tujuan tempahan.

Harga sehelai jubah Haramain yang berkolar dan berpesak ini adalah RM12o termasuk pos (semenanjung sahaja). Harga ini terpaksa dinaikkan memandangkan peningkatan kos pada penghantaran jubah dan belian di madinah. Namun kepada yang membeli lebih daripada 3 pasang, saya akan memberikan harga diskaun. Bagi yang berminat untuk mendapatkan jubah lelaki secara borong juga, anda boleh menghubungi saya pada no telefon di sebelah.

Kepada yang berminat saya mempunyai beberapa stok seperti berikut :

Haramain warna Putih Saiz 52 (4 helai)
Haramain warna Putih Saiz 54 (4 helai)
Haramain warna Putih Saiz 56 (4 helai)
Haramain warna Cream Saiz 52 (2 helai)
Haramain warna Cream Saiz 54 (2 helai)
Haramain warna Cream Saiz 56 (2 helai)
Haramain warna Beige Saiz 52 (2 helai)
Haramain warna Beige Saiz 54 (2 helai)
Haramain warna Beige Saiz 56 (2 helai)


Monday, August 22, 2011

Kain Pelikat Tenun Asli WarisanTerengganu







Salam semua,

Hari ini saya ditemukan dengan seoramg pembekal kain pelikat tenun asli di Terengganu. Begitu teruja saya melihat mutu dan kualiti kain pelikat yang dihasilkan, memang sangat halus dan elegan. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kain jenis ini, boleh sahaja memesannya daripada saya memelui no telefon di sebelah. Untuk makluman, kain jenis ini tak mudah didapati biarpun di negeri Terengganu sendiri.

Kain ini boleh sahaja digunapakai seperti kain pelikat biasa atau untuk dijadikan sampin. Pada pendapat saya, kain sarong ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah korporat kerana ia adalah sesuatu yang jarang-jarang ditemui. Saya menawarkan harga RM150 kepada yang berminat. Belian secara borong boleh dibuat secara harga rudingan melalui telefon. Insya Allah saya akan sertakan gambarnya nanti.

Nota: Jubah terkini akan sampai dalam masa terdekat, khabarnya pada 23hb Ogos ini...doakan lah agar cepat sampai yer. Ammenn.



Foto : Ehsan daripada laman www.pahang-delights.com



Terkini: Gambar Kain Sarong Tenun Asli Terengganu



KOD 101 (SOLD)



KOD 102 (SOLD)

KOD103 (SOLD)

Sunday, August 14, 2011

Stok jubah baru belum sampai...

Salam semua,

Sejak dua menjak ini, saya banyak menerima panggilan mencari jubah berkolar. Saya terpaksa akui, saya telah kehabisan stok jubah berkolar buat sementara waktu ini. Saya cuma berbaki jubah yang tidak berkolar sahaja. Wakil saya dari Universiti Madinah hanya mampu menjalankan kerja mengepos seawalnya pada 20 Ogos 2011.

Maaf buat semua peminat jubah yang telah sudi menelefon, namun masih belum mendapat pengesahan tempahan. Terima kasih juga kepada mereka yang telah sudi mewar-warkan blog kecil ini kepada rakan-rakan. Saya langsung tidak menyangka, bisnes kecil yang saya niatkan semasa di Tanah Suci dahulu, kini semakin mendapat sambutan.

Saya berazam untuk menambahkan stok buat peminat jubah dan akan lebih serius mengendalikan perniagaan ini secarea online (sebenarnya saya lebih banyak berurusan secara offline sebelum ini). Apabila sampai sahaja stok baru nanti, saya akan usahkan untuk terus mempromosinya di sini, Insya Allah.

Nota: Stok baru jubah yang bakal tiba semuanya adalah daripada jenama Haramain, Insya Alah.