Sunday, August 14, 2011

Stok jubah baru belum sampai...

Salam semua,

Sejak dua menjak ini, saya banyak menerima panggilan mencari jubah berkolar. Saya terpaksa akui, saya telah kehabisan stok jubah berkolar buat sementara waktu ini. Saya cuma berbaki jubah yang tidak berkolar sahaja. Wakil saya dari Universiti Madinah hanya mampu menjalankan kerja mengepos seawalnya pada 20 Ogos 2011.

Maaf buat semua peminat jubah yang telah sudi menelefon, namun masih belum mendapat pengesahan tempahan. Terima kasih juga kepada mereka yang telah sudi mewar-warkan blog kecil ini kepada rakan-rakan. Saya langsung tidak menyangka, bisnes kecil yang saya niatkan semasa di Tanah Suci dahulu, kini semakin mendapat sambutan.

Saya berazam untuk menambahkan stok buat peminat jubah dan akan lebih serius mengendalikan perniagaan ini secarea online (sebenarnya saya lebih banyak berurusan secara offline sebelum ini). Apabila sampai sahaja stok baru nanti, saya akan usahkan untuk terus mempromosinya di sini, Insya Allah.

Nota: Stok baru jubah yang bakal tiba semuanya adalah daripada jenama Haramain, Insya Alah.

No comments: