Sunday, August 26, 2012

Gambar Stok Terbaru Haramain

Kain cotton keras ala jubah As Seel

1. Kelabu saiz : 56/24
2. Kelabu saiz : 56/26
 3. Kelabu saiz : 56/26 
Kain cotton keras ala jubah As Seel

1. Sand saiz : 56/26
2. Sand saiz : 56/26
3. Beige saiz : 56/26
4. Beige saiz : 56/26 

Kain licin lembut berjalur halus

1. Sand saiz : 56/26
2. Sand saiz : 56/26
3. Beige saiz : 58/26
4. Beige saiz : 58/26
5. Beige saiz : 54/26
6. Grey  saiz : 56/26
7. Silver saiz : 56/22
8. Silver saiz : 56/22
9. Silver saiz : 56/24
10. Silver saiz : 56/26
11. Hitam saiz : 54/26 
12. Hitam saiz : 54/26
13. Hitam saiz : 52/24 (Kolar kemeja)
14. Hitam saiz : 52/24 (Kolar kemeja)
Kain cotton lembut ala Jubah Daffah

1. Cream saiz : 50/22 (2)
2. Cream saiz : 50/24 (2)
3. Cream saiz : 52/22    
4. Cream saiz : 52/24    
5. Cream saiz : 54/26 (8)
6. Cream saiz : 54/22    
7. Cream saiz : 56/22    
Kain licin & kain cotton lembut ala Jubah Daffah

1. Putih saiz : 50/24
2. Putih saiz : 52/24
3. Putih saiz : 54/22
4. Putih saiz : 56/24
5. Putih saiz : 56/26
6. Putih saiz : 58/24
7. Putih saiz : 58/26

Saturday, August 25, 2012

Stok baru Haramain - Kain ala As-Seel pun ada!

Salam Eidulfitri, Minal A'idin Wal Faizeen,

Saya sebenarnya telah mendapat stok baru jubah Haramain daripada Madinah sehari sebelum balik berhari raya. Terdapat pelbagai jenis kain, saiz dan warna telah sampai sebanyak 36 helai sahaja. Semuanya bersaiz 54-58 sahaja..Ada satu jubah coklat yang sangat menawan dan telah menjadi milik tokey jubah sendiri buat berhari raya...huhu. (Buat pertama kalinya saya memilih jubah berkolar di Malaysia) 

Insya Allah saya akan updatekan gambar stok baru ini dalam masa terdekat yang kebanyakannya bewarna puith, cream, coklat cerah dan kelabu. Ada yang daripada jenis kain kilat berbelang-belang halus dan ada yang kainnya jenis cotton tebal ala-ala jubah jenama As-Seel. Kepada yang bermiat boleh tunggu gambar-gambarnya malam ini atau boleh terus pm saya untuk booking dulu saiz...huhu. 

Saiz memang menjadi sedikit masalah bagi perniagaan online kerana kita tidak dapat mencubanya sebagaimana pembelian di kedai. Sebagai peniaga online, saya amat berterima kasih kepada pembaca dan pelanggan yang setia dengan blog ini. Malah saya juga amat berterima kasih kepada pembaca budiman yang  turut mempromosi blog atau FB page saya kepada rakan taulan. Terima kasih juga kerana mempercayai saya sebagai penjual online hinggakan ada yang sudah menjadi menjadi 'regular customer'! Alhamdulillah. 

Saya juga ingin memohon maaf andai kata ada sebarang ketidaksempurnaan pada saiz jubah yang diterima akibat tersalah agakan dan sebagainya. Biarpun ia jarang-jarang berlaku kerana saiz jubah sangat-sangat fleksible (tidak seperti baju raya) namun saya harap ia dapat dikurangkan ke tahap sifar...Insya Allah. Sekian dahulu buat hari ni...dengan ucapan "Taqoballahu Minna Wa Minkum" Wassalam.

Saturday, August 11, 2012

Haramain hitam kilat dan kain tebal...baru sampai!

Salam semua...

Alhamdulillah Rabu lepas tiba stok baru beberapa helai jubah Haramain warna hitam kain licin kilat dan beberapa helai jenis kain tebal. Jazakallah buat sahabat saya di Madinah yang masih sudi menghantarkan jubah-jubah tersebut di sebalik kesibukan beribadah pada 10 terakhir Ramadhan.

Kesemua jubah ni harganya termasuk pos (di Semenanjung) cuma rm130 sehelai.

Baru Sampai Jubah Remaja - Jenama Andalusia

Salam semua...

Ada berita baik buat remaja yang bertubuh sederhana terutamanya buat para pelajar sekolah. Ada stok baru jubah remaja dari saiz 42 (labuh 42 inci) hingga 48. Harganya juga amat sederhana, RM80 sahaja termasuk pos. Jubah ini tidak datang bersekali kotak sebagaimana abangnya...


Kepada ibubapa yang mencari-cari jubah untuk anak lelaki kesayangan anda, jangan lepaskan peluang ini. Hanya ada satu warna sahaja yang ada pada stok saya iaitu plain putih . Sekian dahulu, wassalam.

Thursday, August 2, 2012

Jubah Andalusia...Seindah namanya...

Salam buat semua…
Pagi ini saya nak update stok terkini jubah siap berkotak lagi! Jubah yang dimaksudkan adalah jenis Andalusia. Biarpun jubah ini jenis sederhana kualiti kainnya berbanding jenama Haramain, namun ia masih mengekalkan ‘aura cutting timur tengah’.

Harganya RM80 sahaja termasuk penghantaran, sangat murah jika nak dibandingkan dengan harga sehelai tudung moden rekaan terkini!

Kelebihan jubah Andalusia ini adalah lebih kepada tawaran harganya yang berpatutan beserta cuttingnya. Mungkin jenama Haramain lebih tertumpu kepada mereka yang sudah berkerja dan berpendapatan tetap. Andalusia dengan harganya yang berpatutan sesuai dipakai oleh semua, malah sesuai juga dijadikan hadiah kerana kotaknya juga tersedia.

Kepada mereka yang berminat, saya cuma ada 16 unit jubah ini bersaiz 54, 56, 58 & 60 seperti gambar di bawah. Kali ni banyak saiz 56 yang diterima, sz yang lain-lain kena tunggu stok Haramain yang bakal tiba sebelum Aidilfitri ni Insyallah.


Kelabu : Sz 54 (4 unit) , Sz 56 (3 unit), Sz 58 (2 unit) 
& Sz 60 (2 unit)
Cream : Sz 56 (1 unit)
Sand : Sz 56 (2 unit) 
Putih : Sz 56 (2 unit)