Saturday, August 25, 2012

Stok baru Haramain - Kain ala As-Seel pun ada!

Salam Eidulfitri, Minal A'idin Wal Faizeen,

Saya sebenarnya telah mendapat stok baru jubah Haramain daripada Madinah sehari sebelum balik berhari raya. Terdapat pelbagai jenis kain, saiz dan warna telah sampai sebanyak 36 helai sahaja. Semuanya bersaiz 54-58 sahaja..Ada satu jubah coklat yang sangat menawan dan telah menjadi milik tokey jubah sendiri buat berhari raya...huhu. (Buat pertama kalinya saya memilih jubah berkolar di Malaysia) 

Insya Allah saya akan updatekan gambar stok baru ini dalam masa terdekat yang kebanyakannya bewarna puith, cream, coklat cerah dan kelabu. Ada yang daripada jenis kain kilat berbelang-belang halus dan ada yang kainnya jenis cotton tebal ala-ala jubah jenama As-Seel. Kepada yang bermiat boleh tunggu gambar-gambarnya malam ini atau boleh terus pm saya untuk booking dulu saiz...huhu. 

Saiz memang menjadi sedikit masalah bagi perniagaan online kerana kita tidak dapat mencubanya sebagaimana pembelian di kedai. Sebagai peniaga online, saya amat berterima kasih kepada pembaca dan pelanggan yang setia dengan blog ini. Malah saya juga amat berterima kasih kepada pembaca budiman yang  turut mempromosi blog atau FB page saya kepada rakan taulan. Terima kasih juga kerana mempercayai saya sebagai penjual online hinggakan ada yang sudah menjadi menjadi 'regular customer'! Alhamdulillah. 

Saya juga ingin memohon maaf andai kata ada sebarang ketidaksempurnaan pada saiz jubah yang diterima akibat tersalah agakan dan sebagainya. Biarpun ia jarang-jarang berlaku kerana saiz jubah sangat-sangat fleksible (tidak seperti baju raya) namun saya harap ia dapat dikurangkan ke tahap sifar...Insya Allah. Sekian dahulu buat hari ni...dengan ucapan "Taqoballahu Minna Wa Minkum" Wassalam.

No comments: