Wednesday, May 29, 2013

Jubah As Seel, Harash & Daffah

Salam buat semua peminat jubah,

Lama juga saya tak update blog. Bukannya tiada stok baru, namun tak sempat nak update, stok yang baru sampai pun dah nak habis. Begitulah jualan jubah sejak akhir-akhir ini. Banyak permintaan sebab calender Islam dah semakin hampir ke Syawal. Sekadar penyeri mata dan kepada yang berminat, saya sekarang sebenarnya sedang menaambah stok untuk jubah jenama selain Haramain seperti As Seel, Daffah dan Al Harash. Cuma jumlahnya taklah banyak. Terbaki beberapa helai sahaja seperti di bawah:

AS Seel : Ready stok tinggal 4 helai jer 53/M (kelabu & peach),
55/L (beige) dan 56/XL warna peach seperti gambar.
Boleh ditempah jika berminat untuk saiz lain.

Daffah : Ada beberapa warna seperti gold, hitam dan kelabu
perlu ditempah dahulu (2 minggu) sebab saya tak simpan stok.

Al Harash : Tinggal warna cream sz 58/24 shj (ready stok)

Jika ada yang berminat boleh PM saya melalui whats app, sms, fb atau email 013-4575309/ rescuepenang@yahoo.com, sekain dahulu wassalam.

Sunday, January 6, 2013

Fenomena berjubah



Sejak 2 tahun lepas saya menceburi bisnes jubah saya baru tersedar bahawa: 

a)  Pemakaian jubah bukan lagi taboo kepada anak muda
b) Pemakaian jubah yang trendy dan esklusif menjadi pilihan ramai 
c) Jubah dah menjadi hadiah perkahwinan yang menawan
d) Jubah dah menjadi hadiah korporat
e) Jubah persis pendakwah tertentu (cthnya UAI) menjadi rebutan!
f) Pesanan daripada Sabah/Sarawak biasanya lebih daripada sehelai
g) Orang yang terlalu banyak bertanya biasanya tidak membuat pembelian.... :) 

Semua kes yang dinyatakan  bukanlah hakikat sebenar, hanyalah pengalaman semata-mata. Contohnya, ada juga peminat jubah yang banyak bertanya dan banyak juga pesanannya. Seperti bro Hajazi dari Felda Tenggaroh!

Nasihat saya buat peminat jubah....Jika anda ingin berjubah, niat nak pakai jubah perlu betul, duit nak beli jubah perlu bersih dan carilah jubah yang sesuai dengan bajet. Pakai jubah belum tentu buat kita jadi baik, kutuk orang pakai jubah dah tentu tandanya hati kita tak berapa baik!

Sekian dahulu wassalam...

Jubah hitam kilat ala-ala UAI menjadi jualan terlaris saya tahun lepas mengatasi goreng pisang panas...



Wednesday, January 2, 2013

Stok Haramain baru sampai dari Madinah

Salam buat peminat jubah Haramain...

Alhamdulillah, ada stok baru jubah Haramain yang baru tiba akhir tahun lepas. Dek kerana sibuk bercuti dan urusan luar pejabat, saya masih belum mewar-warkannya secara terbuka di blog (takut tak sempat pula nak melayan order) 

Namun jika ada yang berminat mencari jubah dari sz 52-58, insya Allah ada beberapa pilihan yang mungkin anda berkenan nanti! Terdapat pelbagai warna terutamanya hitam dan putih yang berkain lembut dan licin belaka. Jika anda berminat boleh hantar email ke rescuepenang@yahoo.com, sms ataupun paling canteek gunakanlah aplikasi What App : 0194575309

Selain jubah-jubah yang baru tiba ni, stok jubah yang sediada juga masih menanti tuan empunya untuk menjadi teman ibadah. Anda minat, pesan selalu! Sekian dahulu, selamat memesan.

Jubah putih dan itam kilat gaya UAI (sz 52-56) 
Jubah kelabu & pearl gaya Ustaz Don  (yer ker ni??) 
Jubah licin berbelang dan kain cotton  (pelbagai warna kelabu, silver, beige dan cream)