Wednesday, October 22, 2014

Stok Baru haramain 2014 - Harga Baru Yang Anda Pasti Suka!

Salam buat semua peminat jubah. Sejak awal tahun ini, saya sekadar menghabiskan stok jubah yang masih berbaki. Saya dah tak 'pulun' berniaga jubah kerana sudah banyak kedai online mahupun offline yang menawarkan pelbagai jenis jubah dengan harga yang menarik. Saya tak dapat nak tawarkan harga menarik dek kerana harga kos sendiri sudah sama dengan harga jualah yang ditawarkan oleh pesaing di medah maya... Alhamdulillah setelah menghampiri akhir tahun ini, saya berpeluang bertemu dengan pemborong yang boleh memberi harga istimewa. Saya hidupkan kembali posting blog ini dengan harga baru jubah haramain...Hanya dengan RM80, anda sudah boleh memiliki jubah haramain stok terkini. Kepada yang berminat, sila hubungi saya melalui hp/whatsapp : 0194575309. Gambar beberapa jenis warna jubah saya siarkan seperti di bawah, terdapat pilihan warna hitam, maroon, biru gelap, kelabu dan coklat muda yang berkilat untuk dimiliki. Saiz yang ada hanyalah dariapda 52-56 untuk jubah stok terkini dengan kain daripada Korea. Selamat beramal...wassalam.



Warna biru kilat dan maroon
 

Warna Coklat berkilat


Wednesday, May 29, 2013

Jubah As Seel, Harash & Daffah

Salam buat semua peminat jubah,

Lama juga saya tak update blog. Bukannya tiada stok baru, namun tak sempat nak update, stok yang baru sampai pun dah nak habis. Begitulah jualan jubah sejak akhir-akhir ini. Banyak permintaan sebab calender Islam dah semakin hampir ke Syawal. Sekadar penyeri mata dan kepada yang berminat, saya sekarang sebenarnya sedang menaambah stok untuk jubah jenama selain Haramain seperti As Seel, Daffah dan Al Harash. Cuma jumlahnya taklah banyak. Terbaki beberapa helai sahaja seperti di bawah:

AS Seel : Ready stok tinggal 4 helai jer 53/M (kelabu & peach),
55/L (beige) dan 56/XL warna peach seperti gambar.
Boleh ditempah jika berminat untuk saiz lain.

Daffah : Ada beberapa warna seperti gold, hitam dan kelabu
perlu ditempah dahulu (2 minggu) sebab saya tak simpan stok.

Al Harash : Tinggal warna cream sz 58/24 shj (ready stok)

Jika ada yang berminat boleh PM saya melalui whats app, sms, fb atau email 013-4575309/ rescuepenang@yahoo.com, sekain dahulu wassalam.

Sunday, January 6, 2013

Fenomena berjubah



Sejak 2 tahun lepas saya menceburi bisnes jubah saya baru tersedar bahawa: 

a)  Pemakaian jubah bukan lagi taboo kepada anak muda
b) Pemakaian jubah yang trendy dan esklusif menjadi pilihan ramai 
c) Jubah dah menjadi hadiah perkahwinan yang menawan
d) Jubah dah menjadi hadiah korporat
e) Jubah persis pendakwah tertentu (cthnya UAI) menjadi rebutan!
f) Pesanan daripada Sabah/Sarawak biasanya lebih daripada sehelai
g) Orang yang terlalu banyak bertanya biasanya tidak membuat pembelian.... :) 

Semua kes yang dinyatakan  bukanlah hakikat sebenar, hanyalah pengalaman semata-mata. Contohnya, ada juga peminat jubah yang banyak bertanya dan banyak juga pesanannya. Seperti bro Hajazi dari Felda Tenggaroh!

Nasihat saya buat peminat jubah....Jika anda ingin berjubah, niat nak pakai jubah perlu betul, duit nak beli jubah perlu bersih dan carilah jubah yang sesuai dengan bajet. Pakai jubah belum tentu buat kita jadi baik, kutuk orang pakai jubah dah tentu tandanya hati kita tak berapa baik!

Sekian dahulu wassalam...

Jubah hitam kilat ala-ala UAI menjadi jualan terlaris saya tahun lepas mengatasi goreng pisang panas...



Wednesday, January 2, 2013

Stok Haramain baru sampai dari Madinah

Salam buat peminat jubah Haramain...

Alhamdulillah, ada stok baru jubah Haramain yang baru tiba akhir tahun lepas. Dek kerana sibuk bercuti dan urusan luar pejabat, saya masih belum mewar-warkannya secara terbuka di blog (takut tak sempat pula nak melayan order) 

Namun jika ada yang berminat mencari jubah dari sz 52-58, insya Allah ada beberapa pilihan yang mungkin anda berkenan nanti! Terdapat pelbagai warna terutamanya hitam dan putih yang berkain lembut dan licin belaka. Jika anda berminat boleh hantar email ke rescuepenang@yahoo.com, sms ataupun paling canteek gunakanlah aplikasi What App : 0194575309

Selain jubah-jubah yang baru tiba ni, stok jubah yang sediada juga masih menanti tuan empunya untuk menjadi teman ibadah. Anda minat, pesan selalu! Sekian dahulu, selamat memesan.

Jubah putih dan itam kilat gaya UAI (sz 52-56) 
Jubah kelabu & pearl gaya Ustaz Don  (yer ker ni??) 
Jubah licin berbelang dan kain cotton  (pelbagai warna kelabu, silver, beige dan cream) 

Sunday, August 26, 2012

Gambar Stok Terbaru Haramain

Kain cotton keras ala jubah As Seel

1. Kelabu saiz : 56/24
2. Kelabu saiz : 56/26
 3. Kelabu saiz : 56/26 
Kain cotton keras ala jubah As Seel

1. Sand saiz : 56/26
2. Sand saiz : 56/26
3. Beige saiz : 56/26
4. Beige saiz : 56/26 

Kain licin lembut berjalur halus

1. Sand saiz : 56/26
2. Sand saiz : 56/26
3. Beige saiz : 58/26
4. Beige saiz : 58/26
5. Beige saiz : 54/26
6. Grey  saiz : 56/26
7. Silver saiz : 56/22
8. Silver saiz : 56/22
9. Silver saiz : 56/24
10. Silver saiz : 56/26
11. Hitam saiz : 54/26 
12. Hitam saiz : 54/26
13. Hitam saiz : 52/24 (Kolar kemeja)
14. Hitam saiz : 52/24 (Kolar kemeja)
Kain cotton lembut ala Jubah Daffah

1. Cream saiz : 50/22 (2)
2. Cream saiz : 50/24 (2)
3. Cream saiz : 52/22    
4. Cream saiz : 52/24    
5. Cream saiz : 54/26 (8)
6. Cream saiz : 54/22    
7. Cream saiz : 56/22    
Kain licin & kain cotton lembut ala Jubah Daffah

1. Putih saiz : 50/24
2. Putih saiz : 52/24
3. Putih saiz : 54/22
4. Putih saiz : 56/24
5. Putih saiz : 56/26
6. Putih saiz : 58/24
7. Putih saiz : 58/26

Saturday, August 25, 2012

Stok baru Haramain - Kain ala As-Seel pun ada!

Salam Eidulfitri, Minal A'idin Wal Faizeen,

Saya sebenarnya telah mendapat stok baru jubah Haramain daripada Madinah sehari sebelum balik berhari raya. Terdapat pelbagai jenis kain, saiz dan warna telah sampai sebanyak 36 helai sahaja. Semuanya bersaiz 54-58 sahaja..Ada satu jubah coklat yang sangat menawan dan telah menjadi milik tokey jubah sendiri buat berhari raya...huhu. (Buat pertama kalinya saya memilih jubah berkolar di Malaysia) 

Insya Allah saya akan updatekan gambar stok baru ini dalam masa terdekat yang kebanyakannya bewarna puith, cream, coklat cerah dan kelabu. Ada yang daripada jenis kain kilat berbelang-belang halus dan ada yang kainnya jenis cotton tebal ala-ala jubah jenama As-Seel. Kepada yang bermiat boleh tunggu gambar-gambarnya malam ini atau boleh terus pm saya untuk booking dulu saiz...huhu. 

Saiz memang menjadi sedikit masalah bagi perniagaan online kerana kita tidak dapat mencubanya sebagaimana pembelian di kedai. Sebagai peniaga online, saya amat berterima kasih kepada pembaca dan pelanggan yang setia dengan blog ini. Malah saya juga amat berterima kasih kepada pembaca budiman yang  turut mempromosi blog atau FB page saya kepada rakan taulan. Terima kasih juga kerana mempercayai saya sebagai penjual online hinggakan ada yang sudah menjadi menjadi 'regular customer'! Alhamdulillah. 

Saya juga ingin memohon maaf andai kata ada sebarang ketidaksempurnaan pada saiz jubah yang diterima akibat tersalah agakan dan sebagainya. Biarpun ia jarang-jarang berlaku kerana saiz jubah sangat-sangat fleksible (tidak seperti baju raya) namun saya harap ia dapat dikurangkan ke tahap sifar...Insya Allah. Sekian dahulu buat hari ni...dengan ucapan "Taqoballahu Minna Wa Minkum" Wassalam.