Monday, November 11, 2013

Jubah Haramain Daffah 2013

Salam buat semua peminat jubah,
Jualan jubah masih diteruskan secara online biarpun masa saya agak terhan disebabkan komitmen kerja dan keluarga yang makin bertambah. Malah dek kerana musafir saya ke Bangi setiap hujung minggu untuk bersama isteri yang sedang melanjutkan pengajian di UKM, keletihan menghalang saya untuk mengemaskini blog. Sekadar adanya dan sekadar yang mahu bertanya itulah yang saya sediakan perkhidmatan. Biarpun ada jubah baru yang dikirim, saya jarang sekali mewar-warkannya di blog. Saya agak low profile tahun ini, takut tak terkejar pulak nanti...namun jika ada yang bertanya, saya tetap melayan seperti biasa. Biarpun jubahnya nanti mugkin akan dibeli daripada orang lain, saya berharap sumbangan kecil saya melayan pertanyaan daripada peminat jubah boleh menyemarakkan lagi pemakaian jubah di Malaysia.  

Untuk makluman, jubah Daffah, As Seel, Haramain dan Andalus masih ada dalam pelbagai saiz dan warna. Malah ada juga jubah lain perbagai jenama untuk remaja yang harganya lebih murah daripada Andalus...Kepada yang berminat, bolehlah terus menghubungi saya melalui Whatapp, FB, email ataupun HP. Wassalam
Daffah terbaru RM160 (termasuk pos)

Haramain (Beige Kilat)

AAs Seel

Haramain Gold (limmited edition)

5 comments:

cik suka senyum said...

Jubah as-seel tu ada byk warna pilihan tak?

Unknown said...

Kalau berminat membeli secara borong berupa jubah,kopiah dan dll boleh call or whatapps saya 0186619298

Akmal said...

bisa order ke indonesia gak

Unknown said...

Cantik haramain gold

masterlantai said...

Mana no nam PM