Sunday, February 19, 2012

Pos Laju vs Pos Swasta...

Salam semua...

Beberapa minggu lepas, saya cuba menggunakan khidmat pos ekspress swasta dan hasilnya amat mengecewakan...Barang yang pernah sampai dalam masa 1 hari oleh Pos Laju, sampai dalam masa lebih 1 minggu. Geram pun tak bermakna, barang dah pun lewat tiba, pelanggan tertanya-tanya...kepada En Jamal Maziz, ribuan ampun dan maaf dipinta. Insya Allah, lepas ni ambe hantar dengan Pos Laju belaka! Sekian dahulu wassalam.

Saturday, February 4, 2012

Menunggu Stok Baru Jubah Dari Mesir...

Gambar hiasan : contoh Jubah Daffah

Salam semua,

Untuk beberapa minggu ini, saya tidak dapat menambah stok baru kerana wakil saya di Madinah telahpun pulang ke Malaysia. Maka saya terpaksalah mencari pembekal baru, sehinggalah sampai ke Mesir pencarian pun dihentikan. Saya kini cuba mendapatkan jenama jubah lain yang juga popular di timur tengah iaitu Daffah. Oleh kerana kos penghantaran segera dari Mesir sangatlah tinggi dan tak munasabah berbanding Madinah, saya terpaksa menggunakan kargo laut. Maka dijangkakan penghantaran stok baru akan sampai dalam pertengahan bulan tiga ini. Kepada peminat jubah, anda boleh sahaja memilih stok yang sedia ada, ataupun menunggu sehingga sedikit masa lagi yer...wassalam.