Sunday, January 6, 2013

Fenomena berjubah



Sejak 2 tahun lepas saya menceburi bisnes jubah saya baru tersedar bahawa: 

a)  Pemakaian jubah bukan lagi taboo kepada anak muda
b) Pemakaian jubah yang trendy dan esklusif menjadi pilihan ramai 
c) Jubah dah menjadi hadiah perkahwinan yang menawan
d) Jubah dah menjadi hadiah korporat
e) Jubah persis pendakwah tertentu (cthnya UAI) menjadi rebutan!
f) Pesanan daripada Sabah/Sarawak biasanya lebih daripada sehelai
g) Orang yang terlalu banyak bertanya biasanya tidak membuat pembelian.... :) 

Semua kes yang dinyatakan  bukanlah hakikat sebenar, hanyalah pengalaman semata-mata. Contohnya, ada juga peminat jubah yang banyak bertanya dan banyak juga pesanannya. Seperti bro Hajazi dari Felda Tenggaroh!

Nasihat saya buat peminat jubah....Jika anda ingin berjubah, niat nak pakai jubah perlu betul, duit nak beli jubah perlu bersih dan carilah jubah yang sesuai dengan bajet. Pakai jubah belum tentu buat kita jadi baik, kutuk orang pakai jubah dah tentu tandanya hati kita tak berapa baik!

Sekian dahulu wassalam...

Jubah hitam kilat ala-ala UAI menjadi jualan terlaris saya tahun lepas mengatasi goreng pisang panas...



No comments: