Sunday, January 22, 2012

Bukan senang nak jual jubah...

Salam semua,

Menjual jubah bukanlah kepandaian utama saya. Saya tak pernah bercita-citya untuk menjadi pengdar jubah sebelum ini. Idea ini hanya tiba semasa saya di tahan haram tahun lepas. Saya berazam untuk menjadi pengedar jubah lelaki sambil membuat sedikit amal kepada pelajar di sana. Namun, untuk menjadi peniaga bidang pakaian lelaki bukanlah kerja mudah. Modalnya boleh tahan...kerenahnnya pun kekadang boleh tahan.

Saya pernah menjual pelbagai benda sejak dari bangku sekolah lagi...Semua pernigaan saya dulu-dulu dimulai dengan modal yang cukup sederhana. Namun untuk menjual jubah lelaki, modal sederhana bukanlah pilihan yang bijak. Ini kerana kaum Adam seperti saya tidak selalu membeli pakaian sepertimana wanita. Untuk dibelinya sehelai baju panas pun biasanya berkira-kira, inikan pula sehelai jubah. Oleh yang demikian, saya perlu ada pelbagai pilihan untuk ditawarkan kepada bakal pembeli. Orang lelaki sebenarnya memilih baju yang paling praktikal untuk dipakainya, termasuklah sehelai jubah. Namun sesekali saya ditemukan juga dengan beberapa orang pembeli yang amat mudah untuk berurusniaga. Misalnya Hj Kamarudin dari Shah Alam.

Beliau tahu apa yang dikehendakinya dan terus membeli tanpa banyak soal jawab. Hari ini beliau membuat pesanan kedua, namun saya terpaksa melewatkan penghantaran kerana sedikit masalah yang tak dapat dielakkan pada tengahari tadi. Sukar untuk mendapat pelanggan yang sporting seperti Tn Hj Kamarudin, namun saya turut kesal kerana terpaksa membuatnya menunggu sedikit masa sebelum pesanannya tiba.

Saya juga berazam untuk cuba menambahkan lagi variasi stok jubah yang sediada, kerana ramai yang bertanyakan seleksi warna jubah yang tiada dalam stok saya. Nak harapkan dropship dari pengedar lain mungkin sedikit sukar kerana margin keuntungan yang tak berbaloi. Namun semua bakal pembeli diharapkan bersabar seketika, sementara suntikan modal diterima dalam masa 2-3 hari lagi.

Tidak sedikit modal yang diperlukan biarpun pulangannya belumpun 'break event'. Dek kerana saya menjalankan perniagaan ini secara sampingan, Alhamdulillah saya masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Diharapkan pembaca blog ini dapat memahami serba sedikit kekangan yang ada dan doakan saya berjaya menjadi pengedar jubah lelaki yang berjaya di tanah air, Ammeeem. Sekian dahulu wassalam.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum...
masih ad dijualke jubah ni

Unknown said...

assalamualaikum tuan...
masih ad dijual ke jubah2 ni??