Friday, July 27, 2012

Stok terkini Jubah Daffah

Salam buat pembaca...

Pagi-pagi sebeginilah masa yang cukup aman untuk saya ada untuk mengupdate blog (bila putera-puteriku semua dah lena). Sebenarnya saya sekadar nak memaklumkan beberapa helai jubah yang baru saya beli daripada seorang bakal doktor yang sedang menuntut di Mesir.

Jubah kali ini semuanya daripada jenama Daffah, namun ia bukanlah jubah Daffah asli yang sangat halus buatannya dan lembut kainnya. Saya sekadar mendapatkan Daffah yang berkualiti sederhana yang masih mengekalkan ciri-ciri jubah 'cutting' timur tengah. Biarpun jubah ini bukan asli, namun saya masih rasa ia masih sesuai dijual bagi pembeli yang inginkan 'aura jubah timur tengah' dengan harga yang cukup munasabah. Saya tawarkan jubah ini dengan harga RM90/sehelai termasuk kos penghantaran...Murah, murah, murah!

Anda boleh melihat sendiri gambar-gambar jubah ini di bawah, kepada yang berminat, cepat-cepat bagitau saya sebelum terlambat ye...(sehelai dah pon dijual pada tegahari tadi). Sekian dahulu, wassalam.


Jubah Daffah sz 56 (dah tinggal 2 helai jer
warna kelabu dah x der)

Jubah Daffah sz 58 (ada 3 helai lagi) & sehelai sz 60 warna kelabu kolar biasa tak berlipat

Wednesday, July 11, 2012

Stok Jubah Sempena Ramadhan

Salam semua,

Seperti dijanjikan, saya ingin mengemaskini stok jubah untuk Ramadhan ini seperti gambar di bawah.
(Saiz 54, cuma ada 3 warna pilihan)

(Saiz 56, ada 6 helai termasuk 1 jenis kain tebal)

(Saiz 58, tinggal sehelai warna hitam ala-ala Ustaz Azhar Idrus- Sold)

Untuk makluman, jubah Haramain yang bewarna puith dan jubah esklusif bewarna cream (seperti posting lepas) masih ada stok dari saiz 50-60 seperti biasa. Gambar di atas hanya untuk jubah bewarna selain putih dan cream sahaja.

Harga jubah putih/warna : RM120
Harga promosi jubah cream (silk cotton like) : RM130

Harga di atas adalah termasuk pos (bagi kawasan Semenanjung sahaja). Sekian dahulu, wassalam.

Monday, June 25, 2012

Jubah Haramain Ala Daffah




Salam  semua..

Stok terbaru jubah Haramain dah tiba dari Madinah hari ni, Alhamdulillah. Kali ini saya cuba nak perkenalkan kain baru dari jenama Haramain yang seakan-akan kain jubah Daffah yakni kain jenis cotton lembut. Warna yang ada cuma cream sahaja dan saiznya pelbagai daripada labuh 50 hinggalah ke 58 inci. Kepada yang berminat,harga promosi untuk stok kali ini hanyalah RM130 sahaja termasuk pos.

Nota: Terdapat juga jubah Haramain biasa (masih berharga RM120) berwarna gelap bersaiz 54-58 yang tiba bersama pesanan kali ini. Kepada yg berminat sila hubungi saya umtuk maklumat lanjut. Ribuan ampun dan maaf kerana sy tak sempat nak kira stok terkini dek kena sedang bersiap-siap nak berpindah rumah, Wassalam.

Wednesday, May 2, 2012

Salam Semua,

Alhamdulillah, petang tadi tiba jua jubah Haramain yang saya tempah dari Madinah. Biarpun sekadar 20 helai sahaja, cukuplah untuk mengubat rindu sebilangan peminat jubah di Malaysia. Kali ini, ada sedikit kepelbagaian warna selain putih. Senarai penuh stok yang baru tiba adalah seperti di bawah :
1) Sz 60/24 : Autum Brown- Tebal (1) & Putih-Licin (1)
2) Sz 58/24 : Olive Brown-Tebal (1)
3) Sz 56/24 : Metal Grey-Tebal (1) & Hitam-Licin (2)
4) Sz 54/24: Putih-Licin (6), Hitam-Licin (2), Grey-Licin (2), Heritage Green- Licin (2), Metal Grey-Tebal (1) & Dark Olive Brown_Tebal (1)

Warna yang saya nyatakan boleh dirujuk pada kod warna di bahagian bawah blog. Kepada yang berminat, boleh sms segera jubah yang berkena di hati. Wassalam. Semuanya harga adalah RM120 termasuk kos pos. Wassalam.

Nota : Oleh kerana stok yang ada pun tidak banyak, saya tidak dapat mewar-warkan sepenuhnya pada pembaca yang pernah bersms kepada saya untuk jualan borong. Saya sendiri pun 'molek-molek ader'...

Friday, April 6, 2012

Mesir oh Mesir...

Salam semua....

Apakan daya, dah 2 bulan saya menunggu jubah dari Mesir. Pembekal di Madinah dah balik kampung, orang Mekah pun senyap. Saya tiada pilihan, melainkan turut senyap! Kepada peminat jubah di seluruh negara, maafkan saya. Nampak sangat yang saya perlu mencari pembekal lain jika ingin meneruskan perniagaan ini. Doakanlah mudah-mudahan kapal yang menghantar kargo saya itu cepat-cepat sampai...Ameeen.

Sunday, February 19, 2012

Pos Laju vs Pos Swasta...

Salam semua...

Beberapa minggu lepas, saya cuba menggunakan khidmat pos ekspress swasta dan hasilnya amat mengecewakan...Barang yang pernah sampai dalam masa 1 hari oleh Pos Laju, sampai dalam masa lebih 1 minggu. Geram pun tak bermakna, barang dah pun lewat tiba, pelanggan tertanya-tanya...kepada En Jamal Maziz, ribuan ampun dan maaf dipinta. Insya Allah, lepas ni ambe hantar dengan Pos Laju belaka! Sekian dahulu wassalam.

Saturday, February 4, 2012

Menunggu Stok Baru Jubah Dari Mesir...

Gambar hiasan : contoh Jubah Daffah

Salam semua,

Untuk beberapa minggu ini, saya tidak dapat menambah stok baru kerana wakil saya di Madinah telahpun pulang ke Malaysia. Maka saya terpaksalah mencari pembekal baru, sehinggalah sampai ke Mesir pencarian pun dihentikan. Saya kini cuba mendapatkan jenama jubah lain yang juga popular di timur tengah iaitu Daffah. Oleh kerana kos penghantaran segera dari Mesir sangatlah tinggi dan tak munasabah berbanding Madinah, saya terpaksa menggunakan kargo laut. Maka dijangkakan penghantaran stok baru akan sampai dalam pertengahan bulan tiga ini. Kepada peminat jubah, anda boleh sahaja memilih stok yang sedia ada, ataupun menunggu sehingga sedikit masa lagi yer...wassalam.