Monday, January 23, 2012

Senarai stok yang sediada

JUBAH BERKOLAR & LENGAN PANJANG

Jenama Haramain : Saiz, Warna (bil unit)

50 Putih (1)
52 Putih (2) , Putih berjalur (1) , Cream (1) , Hijau muda kain tebal (1) & Kelabu (1)
54 Putih (2), Kelabu (1) & Kelabu kain tebal (1)
56 Putih (3) , Cream (2) , Putih berjalur (1)

Jenama As Seel : Saiz, warna (bil unit)

58 XXL Putih (1)
56 XXXL Putih (1)

JUBAH BERKOLAR & LENGAN PENDEK

56 Coklat muda (1) - Jenama Marwa

JUBAH TAK BERKOLAR & LENGAN PANJANG

Ikaf 58 Coklat muda
Madani 60 Peach
Madani 56 Kelabu & Coklat Muda
Badawood 62 Kelabu
Badawood 42 & 44 Kelabu (Jubah remaja)

JUBAH TAK BERKOLAR & LENGAN PENDEK
Sahari 56 Khakis
Ta'woon 58 Coklat @ khakis


Nota : Untuk melihat gambar jubah di atas sila rujuk ke akaun facebook saya seperti di bawah :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150543631990480.398659.520030479&type=1

Gambar stok jubah di album Facebook

Kepada semua bakal pembeli, sila rujuk gambar stok jubah pada link facebook di bawah :

http://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.10150543631990480.398659.520030479&type=1

Selamat meng'order'...jazakallah. :)

Sunday, January 22, 2012

Bukan senang nak jual jubah...

Salam semua,

Menjual jubah bukanlah kepandaian utama saya. Saya tak pernah bercita-citya untuk menjadi pengdar jubah sebelum ini. Idea ini hanya tiba semasa saya di tahan haram tahun lepas. Saya berazam untuk menjadi pengedar jubah lelaki sambil membuat sedikit amal kepada pelajar di sana. Namun, untuk menjadi peniaga bidang pakaian lelaki bukanlah kerja mudah. Modalnya boleh tahan...kerenahnnya pun kekadang boleh tahan.

Saya pernah menjual pelbagai benda sejak dari bangku sekolah lagi...Semua pernigaan saya dulu-dulu dimulai dengan modal yang cukup sederhana. Namun untuk menjual jubah lelaki, modal sederhana bukanlah pilihan yang bijak. Ini kerana kaum Adam seperti saya tidak selalu membeli pakaian sepertimana wanita. Untuk dibelinya sehelai baju panas pun biasanya berkira-kira, inikan pula sehelai jubah. Oleh yang demikian, saya perlu ada pelbagai pilihan untuk ditawarkan kepada bakal pembeli. Orang lelaki sebenarnya memilih baju yang paling praktikal untuk dipakainya, termasuklah sehelai jubah. Namun sesekali saya ditemukan juga dengan beberapa orang pembeli yang amat mudah untuk berurusniaga. Misalnya Hj Kamarudin dari Shah Alam.

Beliau tahu apa yang dikehendakinya dan terus membeli tanpa banyak soal jawab. Hari ini beliau membuat pesanan kedua, namun saya terpaksa melewatkan penghantaran kerana sedikit masalah yang tak dapat dielakkan pada tengahari tadi. Sukar untuk mendapat pelanggan yang sporting seperti Tn Hj Kamarudin, namun saya turut kesal kerana terpaksa membuatnya menunggu sedikit masa sebelum pesanannya tiba.

Saya juga berazam untuk cuba menambahkan lagi variasi stok jubah yang sediada, kerana ramai yang bertanyakan seleksi warna jubah yang tiada dalam stok saya. Nak harapkan dropship dari pengedar lain mungkin sedikit sukar kerana margin keuntungan yang tak berbaloi. Namun semua bakal pembeli diharapkan bersabar seketika, sementara suntikan modal diterima dalam masa 2-3 hari lagi.

Tidak sedikit modal yang diperlukan biarpun pulangannya belumpun 'break event'. Dek kerana saya menjalankan perniagaan ini secara sampingan, Alhamdulillah saya masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Diharapkan pembaca blog ini dapat memahami serba sedikit kekangan yang ada dan doakan saya berjaya menjadi pengedar jubah lelaki yang berjaya di tanah air, Ammeeem. Sekian dahulu wassalam.

Wednesday, November 23, 2011

Gambar Jubah Haramain & As Seel Terbaru

Haramain (52-24 Kain tebal)

Haramain (54-24 Kain licin)



As-Seel (58 XXL Putih)


Salam semua,
Kepada yang berminat dan ingin maklumat lanjut, sila hubungi saya pada no hp di sebelah. Terdapat pelbagai saiz dan warna yang masih menunggu tuannya...sekian wassalam.
Harga : RM120 Haramain & RM140 As-Seel (termasuk pos)

Monday, November 14, 2011

Lewat sampai, minta maaf noo...

Salam semua,

Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pertama kami 10 hari lepas. Namun disebalik kegembiraan ini, ada juga pihak yang terpaksa menanggung sedikit beban akibat saya tidak lagi berada di Kuantan (stok jubah disimpan) setiap hujung minggu. Saya akan pulang ke Alor Setar sekarang sehinggalah isteri saya habis berpantang di sana. Dek kerana inilah, penghantaran jubah terpaksa mengambil sedikit masa kerana akan dikelolakan oleh seorang rakan di Kuantan. Jutaan maaf buat semua yang pelanggan yang dihormati, jangan serik untuk berurusniaga yer...Insya Allah pada pertengahan Disember ini, semuanya akan pulih seadanya. Sekian wassalam.

Wednesday, November 2, 2011

Jubah baru jenama Haramain dan As Seel

Salam semua,

Stok jubah terbaru telah tiba dari Madinah. Alhamdulillah biarpun sedikit lewat tibanya, kualiti kain adalah seperti yang diharapkan. Saya tak sempat nak melihat satu persatu, namun terdapat pelbagai saiz dan warna dari saiz 50-58. Tempahan kali ini, saya lebih banyak memesan kain tebal ala-ala kot yang nampak segak dan elegen.

Terdapat juga dua helai jubah berjenama As Seel bersaiz 58 yang masih belum berpunya. (kain cotton 100% yang telah ditempah, namun terpaksa dibatalkan disebabkan masalah saiz)

Kepada yang berminat, sila hubungi segera sebelum disambar orang. Insya Allah, saya akan uploadkan gambarnya nanti.

Jubah Haramain : RM120 (termasuk pos)
Jubah As Seel : RM140 (termasuk pos)

Friday, September 16, 2011

Pelikat tenun asli yang laris...

Salam semua,

Alhamdulillah, sejak ramadhan hingga ke hari ini dah 8 helai pelikat tenun yang telah bertukar tangan. Laris juga rupanya jualan kain pelikat tenun yang sukar dicari pasaran ini. Memang sukar dicari hinggakan warga Terengganu sendiri pun mencarinya dari saya. Pelikat ini tiada di Pasar Payang, tiada juga di kedai-kedai songket di Kuala Terengganu. Namun saya agak bertuah kerana dapat berhubung terus dengan pembekal utamanya...Kepada yang berminat untuk mencuba kain pelikat tenun warisan asli Darul Iman ini, bolehlah menghubungi saya terus untuk mendapatkan stok terbaik anda...Sekian,wassalam.

Nota: Harga pelikat ini sedikit tinggi, namun sangat sesuai dijadikan hadiah eksklusif bagi yang tersayang ataupun cenderahati korporat.