Monday, June 25, 2012

Jubah Haramain Ala Daffah




Salam  semua..

Stok terbaru jubah Haramain dah tiba dari Madinah hari ni, Alhamdulillah. Kali ini saya cuba nak perkenalkan kain baru dari jenama Haramain yang seakan-akan kain jubah Daffah yakni kain jenis cotton lembut. Warna yang ada cuma cream sahaja dan saiznya pelbagai daripada labuh 50 hinggalah ke 58 inci. Kepada yang berminat,harga promosi untuk stok kali ini hanyalah RM130 sahaja termasuk pos.

Nota: Terdapat juga jubah Haramain biasa (masih berharga RM120) berwarna gelap bersaiz 54-58 yang tiba bersama pesanan kali ini. Kepada yg berminat sila hubungi saya umtuk maklumat lanjut. Ribuan ampun dan maaf kerana sy tak sempat nak kira stok terkini dek kena sedang bersiap-siap nak berpindah rumah, Wassalam.

Wednesday, May 2, 2012

Salam Semua,

Alhamdulillah, petang tadi tiba jua jubah Haramain yang saya tempah dari Madinah. Biarpun sekadar 20 helai sahaja, cukuplah untuk mengubat rindu sebilangan peminat jubah di Malaysia. Kali ini, ada sedikit kepelbagaian warna selain putih. Senarai penuh stok yang baru tiba adalah seperti di bawah :
1) Sz 60/24 : Autum Brown- Tebal (1) & Putih-Licin (1)
2) Sz 58/24 : Olive Brown-Tebal (1)
3) Sz 56/24 : Metal Grey-Tebal (1) & Hitam-Licin (2)
4) Sz 54/24: Putih-Licin (6), Hitam-Licin (2), Grey-Licin (2), Heritage Green- Licin (2), Metal Grey-Tebal (1) & Dark Olive Brown_Tebal (1)

Warna yang saya nyatakan boleh dirujuk pada kod warna di bahagian bawah blog. Kepada yang berminat, boleh sms segera jubah yang berkena di hati. Wassalam. Semuanya harga adalah RM120 termasuk kos pos. Wassalam.

Nota : Oleh kerana stok yang ada pun tidak banyak, saya tidak dapat mewar-warkan sepenuhnya pada pembaca yang pernah bersms kepada saya untuk jualan borong. Saya sendiri pun 'molek-molek ader'...

Friday, April 6, 2012

Mesir oh Mesir...

Salam semua....

Apakan daya, dah 2 bulan saya menunggu jubah dari Mesir. Pembekal di Madinah dah balik kampung, orang Mekah pun senyap. Saya tiada pilihan, melainkan turut senyap! Kepada peminat jubah di seluruh negara, maafkan saya. Nampak sangat yang saya perlu mencari pembekal lain jika ingin meneruskan perniagaan ini. Doakanlah mudah-mudahan kapal yang menghantar kargo saya itu cepat-cepat sampai...Ameeen.

Sunday, February 19, 2012

Pos Laju vs Pos Swasta...

Salam semua...

Beberapa minggu lepas, saya cuba menggunakan khidmat pos ekspress swasta dan hasilnya amat mengecewakan...Barang yang pernah sampai dalam masa 1 hari oleh Pos Laju, sampai dalam masa lebih 1 minggu. Geram pun tak bermakna, barang dah pun lewat tiba, pelanggan tertanya-tanya...kepada En Jamal Maziz, ribuan ampun dan maaf dipinta. Insya Allah, lepas ni ambe hantar dengan Pos Laju belaka! Sekian dahulu wassalam.

Saturday, February 4, 2012

Menunggu Stok Baru Jubah Dari Mesir...

Gambar hiasan : contoh Jubah Daffah

Salam semua,

Untuk beberapa minggu ini, saya tidak dapat menambah stok baru kerana wakil saya di Madinah telahpun pulang ke Malaysia. Maka saya terpaksalah mencari pembekal baru, sehinggalah sampai ke Mesir pencarian pun dihentikan. Saya kini cuba mendapatkan jenama jubah lain yang juga popular di timur tengah iaitu Daffah. Oleh kerana kos penghantaran segera dari Mesir sangatlah tinggi dan tak munasabah berbanding Madinah, saya terpaksa menggunakan kargo laut. Maka dijangkakan penghantaran stok baru akan sampai dalam pertengahan bulan tiga ini. Kepada peminat jubah, anda boleh sahaja memilih stok yang sedia ada, ataupun menunggu sehingga sedikit masa lagi yer...wassalam.

Monday, January 23, 2012

Senarai stok yang sediada

JUBAH BERKOLAR & LENGAN PANJANG

Jenama Haramain : Saiz, Warna (bil unit)

50 Putih (1)
52 Putih (2) , Putih berjalur (1) , Cream (1) , Hijau muda kain tebal (1) & Kelabu (1)
54 Putih (2), Kelabu (1) & Kelabu kain tebal (1)
56 Putih (3) , Cream (2) , Putih berjalur (1)

Jenama As Seel : Saiz, warna (bil unit)

58 XXL Putih (1)
56 XXXL Putih (1)

JUBAH BERKOLAR & LENGAN PENDEK

56 Coklat muda (1) - Jenama Marwa

JUBAH TAK BERKOLAR & LENGAN PANJANG

Ikaf 58 Coklat muda
Madani 60 Peach
Madani 56 Kelabu & Coklat Muda
Badawood 62 Kelabu
Badawood 42 & 44 Kelabu (Jubah remaja)

JUBAH TAK BERKOLAR & LENGAN PENDEK
Sahari 56 Khakis
Ta'woon 58 Coklat @ khakis


Nota : Untuk melihat gambar jubah di atas sila rujuk ke akaun facebook saya seperti di bawah :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150543631990480.398659.520030479&type=1

Gambar stok jubah di album Facebook

Kepada semua bakal pembeli, sila rujuk gambar stok jubah pada link facebook di bawah :

http://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.10150543631990480.398659.520030479&type=1

Selamat meng'order'...jazakallah. :)